LIKE US TODAY


Share/Bookmark

Tips Memilih Cadar


Terdapat beberapa tips yang dapat membantu anda dalam membuat pilihan yang lebih bijak untuk memilih cadar yang 'best':

* Pilih fabrik yang 100% original cotton. Elakkan memilih campuran polyester, ini kerana material polyester menjadikan fabrik itu lebih panas & kurang selesa.. Perhatikan percentage cotton nya pada label cadar yang dipilih.

* Pilih cadar yang mempunyai getah di dalamnya(fitted) untuk memudahkan pemasangan cadar dan seterusnya mencantikkan kekemasan hamparan cadar.

* Pilih alas span yang elok dan bermutu tinggi. Alas span yang berkualiti akan tahan lasak walaupun dibasuh dengan mesin berulang-ulang kali.Ianya akan mengelakkan cadar anda daripada berbulu.

* Pastikan cadar itu daripada jenis fabrik yang tidak luntur ataupun pudar warnanya.

* Langkah yang seterusnya ialah barulah boleh difikirkan mengenai corak yang dipilih, pattern dan style yang sesuai dengan bilik tidur anda.

* Pastikan wang yang dibelanjakan sangat berbaloi dengan barangan yang dibayar.